Monday 23 March 2009

☼ Menu 15 : Puding Permata

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi yang saya sediakan bila buat open house raya. Sedap & mudah juga! Rupanya pun menarik.. dan akan saya sediakan lagi lepas ni.. =)



Bahan :

Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara Penyediaannya :
  1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,



☼ Menu 14 : Tauhu Ayam

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi mudah untuk dibuat lauk atau dimakan begitu sahaja!

Saiz hidangan : 4 orang

Bahan² :

  • 1 keping dada ayam
  • 280g tauhu
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
Cara Penyediaannya :
  1. Cincang isi ayam
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Potong halus daun sup
  4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
  5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti menggoreng cucur. (boleh juga disalut dengan breadcrumbs untuk rasa yang lebih rangup!)
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 13 : Caramel Cheese Pudding

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi ni 2 rasa tapi 1 rupa.. sebab rasa cheesecake, dan juga rasa puding!

Bahan² :

[ Karamel ]

  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
[ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara Penyediaannya :
  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
  2. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  4. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang).
  5. Panaskan susu sehingga hampir mendidih.
  6. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  7. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  8. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.
  9. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  10. Sejukkan sebelum dihidang.
  11. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 12 : Simple Cheesecake

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi yg dikongsi bersama oleh Cheese Man (credits to him). Resepi yg paling senang katanya.. no need to bake. Dan semestinya, sedap! Sesuai untuk minum petang dan hidangan buat tetamu!



Bahan² :
  • 1 tin susu manis
  • 2 bungkus saltcheese crackers
  • 1 tin reduced cream
  • 1000g Cream Cheese
  • 250g butter
Cara Penyediaannya :
  1. Campurkan kesemua bahan, kecuali saltcheese crackers.
  2. Lapik bekas dgn aluminium foil, biar lebih di bahagian tepi2 bekas, supaya senang untuk keluarkannya dari bekas nanti.
  3. Susun cracker rapat2 sebagai base.
  4. Tuang sedikit adunan tadi ke atasnya.
  5. Ulang proses 3 & 4 sehingga habis.
  6. Sejukkan adunan di dalam peti ais sekurang²nya selama 10 minit.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 11 : Asam Pedas Ikan Pari

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi yang sangat² digemari oleh suami saya.

Bahan²:

  • 1 ekor ikan pari
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 20 helai daun kari
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Air secukupnya
Cara Penyediaannya:

  1. Blender cili kering, bawang besar, bawang putih dan 2 batang serai sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang diblender tadi.
  3. Tumis bersama dengan daun kari.
  4. Masukkan serai.
  5. Pastikan cili agak garing & berbau wangi.
  6. Masukkan ikan pari.
  7. Biarkan seketika ikan tersebut.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masukkan garam & sedikit serbuk perasa (jika perlu).
  10. Tambahkan air sekiranya kuahnya agak pekat.
  11. Masak sehingga mendidih.
  12. Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!

Salam,

Saturday 21 March 2009

☼ Menu 10 : Kari Mamak Ikan Tenggiri

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi ini diturunkan oleh mak mertua saya. Sesuai untuk dihidangkan kepada sesiapa yang berpantang / diet, sebab tidak menggunakan santan. Sesuai juga untuk dimakan bersama roti atau roti canai. Mudah sahaja!

Bahan² :
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 s.b. serbuk kari ikan Baba's / Allagappa's
  • 5 s.b. serbuk kari ikan Mak Siti
  • 5 s.b. serbuk kari ikan Adabi
  • 2 labu bawang besar [hiris nipis]
  • 1 ekor ikan tenggiri
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 10 biji bendi
  • 6 biji cili besar - hijau
Cara Penyediaan :
  1. Bersihkan dan potong ikan. Ketepikan.
  2. Tumis minyak (banyak) dan semua bawang.
  3. Bancuh pekat serbuk² kari dengan sedikit air, tumiskan hingga garing.
  4. Masukkan potongan ikan tenggiri. Pastikan ai perlahan dan jangan dikacau dengan kuat.
  5. Masukkan air asam jawa. Jika perlu, tambahkan air. Pastikan kuah kari tidak terlalu cair.
  6. Potong bendi, buang kepalanya sahaja. (Jangan dipotong terlalu awal untuk mengelakkan bendi terlalu berlendir). Masukkan bendi ke dalam kuah.
  7. Masukkan cili besar.
  8. Didihkan sekejap. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 9 : Puding Lapis Laici


.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi kali ini pernah saya sediakan banyak kali juga, atas permintaan keluarga mertua. Nampak macam rumit, tapi tak berapa susah sangat sebenarnya. Sedap juga.




Bahan² :
  • 180g kristal jelly (serbuk)
  • 3 biji telur
  • 3 s.b. gula
  • 5 keping roti
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair (e.g Ideal, Carnation)
  • 1 tin laici [asingkan airnya]
  • 2 s.b esen vanilla
  • Bekas² kecil / besar
Cara Penyediaan :
  1. Kisar roti, telur, gula & air laici sehingga halus.
  2. Kemudian masukkan susu cair & esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang ½ adunan dalam bekas dan kukus selama 20-25 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan rehatkan sekejap.
  5. Didihkan air, masukkan kristal jelly. Kacau sehingga larut.
  6. Tuangkan perlahan² atas adunan tadi sehingga penuh.
  7. Susun buah laici di atasnya dan sejukkan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

Friday 20 March 2009

☼ Menu 8 : Ayam Goreng Mudah

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resipi ni sebenarnya untuk sesiapa yang nak makan ayam goreng rempah tapi tak cukup bahan atau tak cukup masa untuk sediakan rempah-ratus yang banyak.. resipi biasa yang mama saya perturunkan, selalu digunakan bila cucu² semua balik dan perlu segera hidangkan. Rasanya tetap enak, lebih baik daripada ayam goreng biasa dengan kunyit semata². =)

Bahan² :
  • 1 ekor ayam [dipotong 16]
  • 1 s.b. garam
  • 1 s.b lada hitam [kasar]
  • 1 s.b. serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih [dipotong kasar]
Cara Penyediaan :
  1. Garam dan lada hitam ditumbuk terlebih dahulu. Lebih elok jika ditumbuk menggunakan lesung, instead of using blender =). Tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan bawang putih dan ditumbuk bersama garam dan lada hitam tadi.
  3. Masukkan ke dalam bekas, gaulkan bersama serbuk kunyit.
  4. Lumurkan pada potongan ayam yang sudah dibersihkan.
  5. Sedia untuk digoreng. Goreng seperti biasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 7 : Ayam Goreng Berempah

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi ini memerlukan agak banyak bahan, tapi hasilnya memang memuaskan! Sesuai dijadikan lauk utama untuk nasi ayam, nasi beriani atau nasi hujan panas. Sedap!

Bahan² :

  • 1 ekor ayam [dipotong 16]
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 s.k. ketumbar
  • 1 s.k. jintan putih
  • 1 s.k lada putih
  • 1 s.b serbuk kunyit
  • 1 s.b serbuk kari
  • 2 s.b. tepung jagung
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit daun kari
Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ayam & potong.
  2. Disebabkan salutan rempah (coating) nanti agak tebal, ayam elok dikukus terlebih dahulu untuk mengelakkan bahagian dalam kurang masak. Malah dengan mengukus dpt menjadikan ayam yang digoreng nanti lebih lembut dan sedap.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan jintan putih.
  4. Gaulkan ayam dengan bahan kisar tadi bersama² serbuk kunyit, serbuk kari, tepung jagung, kuning telur, lada putih dan garam.
  5. Gorengkan ayam bersama dengan daun kari.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 6: Sambal Goreng (Garing) Ikan Bilis

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi ini selalu menjadi permintaan suami saya, especially bila saya masak Sup Suhun + Telur. Gabungan dua menu ni memang kegemaran dia! Resepi yang mudah tapi memang menyelerakan bila dimakan dengan nasi panas! Boleh juga dijadikan inti sandwich!



Bahan² :
  • 20-25 tangkai cili kering [dipotong keci]
  • 2 labu bawang besar [dihiris bulat - nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dimayang]
  • 500g ikan bilis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan :
  1. Cili kering yang dipotong kecil di rendam di dalam air panas, kemudian ditoskan.
  2. Masukkan cili kering tersebut ke dalam mesin pengisar (blender) bersama dengan bawang besar, bawang putih dan sedikit air.
  3. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, masukkan cili yang dikisar.
  5. Masukkan garam.
  6. Gorengkan cili kisar lama, kacau selalu.
  7. Goreng sehingga cili agak garing dan ringan (cili kisar yang belum cukup garing akan terasa berat bila dikacau).
  8. Bila cili dah cukup garing, masukkan gula.
  9. Tutup api, sejukkan dan ketepikan sambal goreng tersebut. (sambal perlu sejuk untuk elakkan ikan bilis menjadi liat apabila digaul bersama).
  10. Goreng ikan bilis yang telah dibasuh. Pastikan ikan bilis benar² garing dan rangup.
  11. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal yang disejukkan tadi. Gaul rata.
  12. Sedia untuk dihidangkan.
  13. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Sambal goreng ini tahan lama kerana tempoh menggoreng yang lama.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 5: Simple Macaroni With Cheese

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi mudah yang saya dapat dari seorang kawan lama.



Saiz hidangan : 3-4 orang

Bahan² :
  • 1 peket elbow macaroni
  • Sedikit mozarella cheese
  • 1 atau 2 biji telur
  • 1 pek daging kisar
  • Sedikit cendawan butang (dibelah dua)
  • Sedikit sosej (dihiris nipis)
  • Sedikit serbuk Oregano
Cara Penyediaan :
  1. Rebuskan macaroni, toskan
  2. Masukkan telur, daging kisar dan semua bahan lain.
  3. Kacau rata, masukkan ke dalam bekas.
  4. Taburkan keju Mozarella.
  5. Bakar di dalam oven dgn suhu 170ºC, selama 20-30 minit sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 4 : Muffin Coklat

.
Bismillahirrahmanirrahim..

Resepi yg simple. Tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati..

Saiz Hidangan: 10 biji

Bahan :

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara Penyediaan:

  1. Cara2
    Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Cara3
    Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Cara4
    Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Cara5
    Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Cara7
    Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Cara8
    Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Selamat mencuba!

Salam,

☼ Menu 3 : Choco Crunchies

.
Bismillahirrahmanirrahim..

Biskut ni mmg best.. tak perlukan telur! 1st time buat ramai yg rasa, ramai yg puji & ramai pulak yg nak order untuk raya.. saya taburkan choc rice instead taburkan baki adunan (cara resepi asal), lagi sedap rasanya.. mmg tak rugi buat biskut ni sbb bahannya very very simple, tapi hasilnya amat memuaskan dari segi quality & quantity!! Puas hati.. Sesuai untuk potluck juga!

Bahan² :
  • 50g mentega (Buttercup)
  • *70g tepung
  • *15g serbuk koko (selalu saya lebihkan sikit so warnanya akan lebih gelap)
  • *1/4 s.k. baking powder
  • *30g gula castor
  • Sekotak coklat rice
Cara Penyediaan :
  1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/loyang 4 segi dengan oven/baking paper
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
  3. Ambil adunan tadi. Masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
  4. Tabur-taburkan chocolate rice ke atasnya..tekan-tekan sikit biar sekata.
  5. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

pic updated 16082011



Credits to Yani

Selamat mencuba!

Salam,

Thursday 19 March 2009

☼ Menu 2 : Dadih Mudah

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Dessert yang paling senang & sedap untuk disediakan. Dessert di hujung minggu. =) Kegemaran suami & mak mertua saya.

Saiz hidangan: 28-30 bekas dadih kecil.

Bahan²:

  • 1 liter susu segar (ikut perisa yang diingini)
  • 1.5 liter air
  • 1 s.b. esen vanilla
  • 450g krimer Coffeemate
  • daripada agar-agar strip (1 peket)
  • Gula secukup rasa
  • Bekas container kecil.
Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan agar-agar & air, didihkan.
  2. Pastikan agar-agar telah hancur, masukkan susu segar.
  3. Masukkan esen vanilla dan gula.
  4. Masakkan sebentar.
  5. Perlahankan api, masukkan krimer Coffeemate.
  6. Tambahkan gula, jika perlu.
  7. Padamkan api.
  8. Masukkan ke dalam bekas² kecil.
  9. Sejukkan di dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Salam,


(gambar masakan akan disertakan kemudian!)

Wednesday 18 March 2009

☼ Menu 1 : Sup Suhun + Telur

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Menu yang paling mudah untuk dicuba. Resepi dari ibu mertua. This is a family favorite and a very simple and easy dish to serve guests. Selalunya sup ini dimasak bersama dengan Sambal Goreng (Garing) Ikan Bilis, sebagai pelengkap menu.




Saiz Hidangan: 4-5 orang

Bahan²:
  • 6 biji ubi kentang [dipotong 4]
  • 3 biji telur ayam
  • 1 peket suhun [direndam terlebih dahulu]
  • 2 peket pucuk tauhu [direndam terlebih dahulu, dan dipotong sederhana]
  • 1 s.b. udang kering
  • 3 ulas bawang kecil [dimayang]
  • 2 ulas bawang putih [dimayang]
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • 3 liter (secukupnya)
  • 3 s.b. minyak masak
Cara Menyediakannya:
  1. Tumis bawang² yang dimayang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang kering, tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan kentang, tumis bersama bawang & udang kering.
  4. Masukkan garam (dan serbuk perasa sekiranya perlu).
  5. Masukkan air, biarkan sehingga mendidih. Pastikan ubi telah hampir empuk.
  6. Masukkan suhun & pucuk tauhu (ditos terlebih dahulu).
  7. Biarkan seketika sup masak.
  8. Pastikan ubi telah empuk, kecilkan api.
  9. Pecahkan telur, masukkan satu persatu di dalam sup (jangan mengacau sup tersebut).
  10. Biarkan seketika sehingga telur masak.
  11. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Salam,

☼ Masak-memasak..

Bismillahirrahmanirrahim..

Acara yang bagus untuk menggembirakan hati dan perut sang suami.. ialah dengan memasak.. hehehe. If you are interested in simple recipes, cooking, and food then this blog is for you, insyaAllah. I will share with you my food experiences..I started getting more conscious about what I put in my mouth.. and how my food is prepared. I will be including health tips you might find interesting and helpful, soon. Happy cooking!

Salam,

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP