Saturday, 25 April 2009

☼ Menu 20: Makcik Timah Roll Cake

.
Bismillahirrahmanirrahim..

Lagu 1 resepi roll cake,tapi yg menggunakan serbuk coffee Kacip Fatimah (Makcik Timah) hehe.. sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.. =)

Bahan-bahan ( 30x30cm ):

  • Kek:
  • 4 biji telur
  • 40g gula kastor
  • 3 sudu besar air panas
  • 80g tepung gandum
  • 2 sachet / stick serbuk kopi Kacip Fatimah
  • Krim :
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk kopi Kacip Fatimah
  • Sirap :
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara


  1. Campurkan 2 sachet serbuk Kopi Kacip Fatimah dengan 3 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
  2. Alaskan dulang oven dengan kertas minyak/oven paper. Panaskan oven sehingga suhu 180 darjah celcius
  3. Letakkan separuh gula ke dalam putih telur. Pukul telur sehingga kembang atau bertanduk.
  4. Letak separuh gula lagi ke dalam kuning telur. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan sebatian Kopi Kacip Fatimah yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan 1/2 dari no.3 ke dalam no.4. Kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5 tadi. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  7. Masukkan pula lebihan no.3 tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan cara kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam dulang oven. Pusing-pusingkan dulang oven supaya jadi rata. Ketuk sedikit bahagian bawah untuk keluarkan angin.
  9. Bakar adunan selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
  10. Sementara itu sediakan krimnya.
  11. Campurkan 2 s.k Kopi Kacip Fatimah dengan air panas dan sejukkan.
  12. Pukul whipping cream dengan gula secara perlahan-lahan sehingga agak pekat. Masukkan sebatian kopi tadi. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  13. Sediakan sirap: Campurkan gula dengan air sehingga gula larut.
  14. Apabila kek dah sejuk. Sapukan permukaan kek dengan sirap tadi. Kemudian letakkan krim. Gulung kek kemas-kemas.
  15. Balut kek dengan plastic wrap. Simpan dalam lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.
Selamat mencuba!


Salam,

3 comments:

Anak Pendang Sekeluarga

slm...sy dah buat rumusan dah pasal artikel hari ibu nie...jemput beri pandangan...ye...

doriyuckey

masyaAllah. enak nyeeeeeeeee bace. kak izz, boh la gambar sekali, kasik mon meleleh air liur skali. ngehehehehe
XD

blog updated:)

DaliaLiyana

post satu kat dalia leh tak?? ehhehe

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP