Sunday 27 November 2011

♨ Resipi 41 - Eggless Caramel Pudding

Resepi karamel mudah yang tidak menggunakan telur! Rasanya pun lembut, licin dan sedap di makan sejuk².. hehe. Kawan² boleh cuba ye, tak susah pun..


Bahan-bahan A  (Gula Karamel)

  • 2 senduk gula
  • 2 sudu besar air

Bahan-bahan B (Puding)

  •  1 peket agar serbuk (10g)
  •  4½ cawan air
  • 1 tin susu sejat (boleh juga gunakan susu segar)
  • 2 senduk gula (boleh dikurangkan)
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard


Cara-cara

  1. Masakkan gula karamel, gunakan api perlahan, kacau selalu sehingga gula cair, pekat dan menjadi keperangan.
  2. Masukkan air, bunyi berdesir akan terhasil, kacau rata dan tutup api. Ketepikan. 
  3. Boleh sendukkan gula karamel terus ke dalam acuan yang akan digunakan.
  4. Di dalam bekas lain untuk Bahan² B, satukan susu, tepung kastard dan esen vanilla. Ketepikan.
  5. Di dalam periuk lain untuk Bahan² A, didihkan 4½ cawan air, masukkan 2 senduk gula (boleh dikurangkan untuk mengurangkan manis). Masak sehingga gula larut.
  6. Masukkan serbuk agar², kacau selalu & sehingga mendidih / sehingga tiada ketulan kasar.
  7. Perlahankan api, masukkan Bahan² B ke dalam Bahan² A. Kacau rata, masak sehingga  agak pekat & likat.
  8. Padamkan api, sendukkan adunan ke dalam acuan yang telah dimasukkan dengan gula karamel. Gula karamel tidak akan bercampur dengan adunan & akan sentiasa berada di bawah bekas.. dont worry! ;)
  9. Sejukkan di dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba!

Tuesday 22 November 2011

♨ Resipi 40 - Sambal Ikan Bilis Izz

Baru sempat nak update resepi.. banyak resepi² yang direquest oleh kawan² & tak sempat² nak update.. yang ini resepi sambal ikan bilis seperti yang di request oleh sedare saya.. hehe.. setiap kali raya mesti buat.. simple je caranya, maybe rasanya lain sebab ada tambahan bahan² lain sket..

Bahan-bahan

  •  2 genggam cili kering
  • 3-4 tangkai cili merah
  • 5 biji bawang besar (2 biji dipotong kasar untuk diblend, 3 biji untuk dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 3 batang serai (2 batang dipotong kecil² untuk diblend, 1 batang dititikkan)
  • 300g ikan bilis
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • *tambahan cili padi - sekiranya nak lebih pedas!

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan bilis, goreng separuh garing.
  2. Potong cili kering kecil², rendam cili kering dalam air panas, toskan.
  3. Blendkan cili kering yang telah direndam, cili merah, 2 biji bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan² yang telah diblend, goreng sehingga agak garing (cili yang diblend menjadi ringan & tidak terlalu basah bila hampir garing).
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan 1 batang serai yang telah dititik.
  7. Masukkan air asam jawa - ikut kepekatan kuah & rasa masam yg diingini.
  8. Masukkan 3 biji bawang besar yang dipotong bulat.
  9. Biarkan seketika, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  10. Rasa &  tambah air sekiranya perlu.
  11. Sedia untuk dihidangkan! Best dimakan dengan nasi panas atau dengan nasi lemak! 


Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP