Tuesday 14 July 2009

☼ Resipi 22: Asam Pedas Daging

Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi kali ini ialah lauk yang paling digemari oleh hubby. Selalu saya sediakan sebab mmg dia suka! (saya tak..) hehe.. belajar daripada dia + mertua.. rasa asam pedas cuma gunakan daging (atau tetel).. resepi ini di customize kan mengikut selera hubby.. hehe.. mudah aje.. selamat mencuba..


Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 kg daging (topside / tetel)
  • 15 biji cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • sedikit ajinomoto (jika perlu)
  • minyak secukupnya (untuk menggaringkan cili)
  • sedikit pes asam jawa
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Daging dipotong kecil & direbus hingga empuk. Asingkan daging & air rebusan, ketepikan.
  2. Basuh & rendamkan seketika cili kering di dalam air panas, potong kecil & masukkan ke dalam blender. Masukkan juga cili merah & kesemua bawang² yang telah dipotong kasar ke dalam blender.
  3. Potong kecil² 2 batang serai, masukkan ke dalam blender. Masukkan sedikit air &blender kesemua bahan² sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, masukkan cili yang diblender, goreng sehingga agak garing.
  5. Masukkan garam.
  6. Masukkan daun kari dan 3 batang serai yang telah diketuk.
  7. Pastikan cili benar² garing, masukkan daging yang telah direbus.
  8. Biarkan seketika, perlahankan api & tutup periuk dengan penutup.
  9. Bancuh pes asam jawa dengan air rebusan daging.
  10. Masukkan bancuhan air asam ke dalam periuk, gaulkan sebati.
  11. Rasa tahap masam, masin & kepekatan kuah. Pastikan ianya secukup rasa. Tambahkan air sekiranya kuah terlalu pekat.
  12. Biarkan seketika. Padamkan api & sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP