Saturday, 4 July 2009

☼ Resepi 21 : Kek Coklat Kukus

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama saya tak ke dapur. Kali ini saya nak berkongsi resepi yang simple yet sedap. Mungkin dah biasa dengar Kek Coklat Kukus kan. So inilah resepinya! Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak / lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
  8. Sedia untuk dihidangkan~

[yummyy!]


Selamat mencuba!


Salam,

2 comments:

DaliaLiyana

izza...sedapnyer...dalia suka makan kek coklat...nnt raye wat open hse tak??hehehhee....

Izzah Marzuki

dalia, insyaAllah.. kalo kite wat open house nanti, datang la ok! =)

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP