Saturday 13 March 2010

♨ Resipi 26 : Eggless-Butterless Choc Cake

Bismillahirrahmanirrahim..


Resepi kali ini tak gunakan telur dan mentega.. Hari ni je dah buat 2 kali, atas permintaan kakak² yang pergi bercuti beramai² sempena cuti sekolah.. huhu tak dapat nak join..hanya kek sahaja yang dapat turut serta.. Kek ini sangat senang, hanya 25-30 minit masa digunakan untuk penyediaannya.. Rasanya pun lembut & moist.. cubalah ye..





Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) - portion ni agak kecil, untuk 2-3 org sahaja..

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam
  • ⅓ cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam) ke dalam dalam mixing bowl, gaul sebati.
  2. Masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran..


Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP