Monday, 6 April 2009

☼ Menu 17: Kek Batik


.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi yang sangat ringkas, tak perlu gunakan telur untuk menyediakannya. Buat hidangan minum petang di hujung minggu! Dan yang penting, sedap!


Bahan² :
  • 125g / ½ buku mentega (Buttercup)
  • 1 peket Milo (saiz paling kecil)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3 s.b. serbuk koko
  • 1 pek biskut Marie
  • 1 s.k. esen vanilla

Cara Penyediaannya:
  1. Di dalam bekas yang besar, patahkan biskut. (patah dua-jgn hancurkan).
  2. Cairkan mentega di dalam periuk / kuali, gunakan api perlahan.
  3. Sambil itu, di dalam bekas yang lain, campurkan susu pekat, serbuk Milo dan serbuk koko. Untuk kurangkan manis, bolehlah mengurangkan kuantiti Milo, dan menambahkan sukatan untuk serbuk koko. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Apabila mentega cair sepenuhnya, masukkan campuran susu dan Milo. Pastikan api perlahan.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  7. Padamkan api. Tuang adunan ke atas biskut yang telah dipatahkan.
  8. Gaul rata. Masukkan ke dalam bekas. Tekan² sehingga kemas dan padat.
  9. Sejukkan di dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

2 comments:

nurunnuha

salam, akak..
wah, lama dah saya xbuat kek batik ni..
tapi kan kak, kalau saya lebihkan letak serbuk koko, kek tu akan jadi cepat 'muak'..tapi time tu saya tak kirangkan sukatan milo la. sebab tu kot. hehe :)

Izzah Marzuki

nuha:
ye nuha.. kalo taknak muak, kurangkan butter tu rasanya.. =)

kopi:
laaa ye ke bob.. cuba lagi ok..

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP