Monday 12 October 2009

☼ Resipi 24 : Rendang Ayam Mama Aisyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Mood raya masih terasa lagi, kan.. jadi saya suka untuk kongsikan resipi rendang dari mak mertua kat sini.. suka rendang mama ni sebab pedas, kalau mama saya sendiri resipinye lebih kurang sama cuma kurang pedas.. ni rendang yang saya masak untuk jamuan raya ofis saya yang diminta oleh kekawan di ofis.. selamat mencubalah ye!


Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 ekor ayam
  • 1 genggam cili kering [dibasuh, dicelur & dikisar halus]
  • 250g cili merah
  • 20 biji cili padi
  • 750g bawang kecil atau bawang besar
  • 1 mayang bawang putih
  • 1 ketul halia saiz besar
  • 5 batang serai [lebih pun takpe]
  • 1 ketul lengkuas saiz sederhana
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 bungkus kerisik
  • 700g santan
  • 2 helai daun kunyit [dihiris halus]
  • 6 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Potong ikut saiz yang diingini. Gorengkan terlebih dahulu sehingga agak garing. Ketepikan.
  2. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda [].
  3. Tumiskan bahan yang dikisar. Tumis sehingga bahan agak garing.
  4. Masukkan 3 helai daun limau purut.
  5. Masukkan santan dan garam. Biarkan ia sehingga hampir mendidih. Pastikan dikacau selalu.
  6. Masukkan kerisik. Gaul sehingga sebati.
  7. Masukkan air asam jawa.
  8. Masukkan ayam [pastikan ayam telah digoreng garing*].
  9. Rendang hendaklah dikacau selalu perlahan-lahan.
  10. Sekiranya kuah rendang terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas.
  11. Apabila rendang hampir masak, masukkan hirisan daun kunyit dan baki 3 helai daun limau purut.
  12. Sedi untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!



Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP