Sunday 22 August 2010

♨ Resipi 31 - Puding Tembikai Susu

Bismillahirrahmanirrahim..

Honeydew sentiasa menjadi buah favourite saya. Kalau keluar makan di kedai saya selalu pesan jus honeydew. Jadi saya buat puding tembikai susu / honeydew untuk iftar di rumah kakak saya semalam.. alhamdulillah rasanya seperti yang saya suka.. sangat fresh & lembut.






Bahan-bahan :

  • 1½ peket agar² strips
  •  ½ atau 1 biji buah tembikai susu - lembut, warna hijau (bukan jenis rapuh/warna oren) - diambil patinya atau;
  • 1 ℓ jus tembikai susu
  • ½ tin susu sejat e.g jenama Ideal
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu creamer Coffeemate
  • 6 s.b gula / secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya


Cara Penyediaan :

  1. Basuh agar² strips, masukkan air melebihi sedikit dpd paras agar² di dalam periuk (air jangan terlalu banyak - cukup untuk merebus agar² sahaja).
  2. Masakkan agar² sehingga hancur.
  3. Kemudian masukkan 3 sudu besar gula terlebih dahulu, bagi mengelakkan terlalu manis.
  4. Masukkan 1 ℓ pati tembikai susu / jus tembikai susu.
  5. Masukkan daun pandan.
  6. Masukkan susu sejat dan creamer Coffeemate.
  7. Rasa manisnya, jika kurang manis, tambahkan gula selebihnya.
  8. Masukkan sedikit pewarna hijau (1-2 titik).
  9. Padamkan api, masukkan ke dalam bekas.
  10. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. (boleh juga dicurahkan susu sejat ke atas puding semasa menghidang).


Selamat mencuba!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP