Friday 20 March 2009

☼ Menu 6: Sambal Goreng (Garing) Ikan Bilis

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi ini selalu menjadi permintaan suami saya, especially bila saya masak Sup Suhun + Telur. Gabungan dua menu ni memang kegemaran dia! Resepi yang mudah tapi memang menyelerakan bila dimakan dengan nasi panas! Boleh juga dijadikan inti sandwich!



Bahan² :
  • 20-25 tangkai cili kering [dipotong keci]
  • 2 labu bawang besar [dihiris bulat - nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dimayang]
  • 500g ikan bilis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan :
  1. Cili kering yang dipotong kecil di rendam di dalam air panas, kemudian ditoskan.
  2. Masukkan cili kering tersebut ke dalam mesin pengisar (blender) bersama dengan bawang besar, bawang putih dan sedikit air.
  3. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, masukkan cili yang dikisar.
  5. Masukkan garam.
  6. Gorengkan cili kisar lama, kacau selalu.
  7. Goreng sehingga cili agak garing dan ringan (cili kisar yang belum cukup garing akan terasa berat bila dikacau).
  8. Bila cili dah cukup garing, masukkan gula.
  9. Tutup api, sejukkan dan ketepikan sambal goreng tersebut. (sambal perlu sejuk untuk elakkan ikan bilis menjadi liat apabila digaul bersama).
  10. Goreng ikan bilis yang telah dibasuh. Pastikan ikan bilis benar² garing dan rangup.
  11. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal yang disejukkan tadi. Gaul rata.
  12. Sedia untuk dihidangkan.
  13. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Sambal goreng ini tahan lama kerana tempoh menggoreng yang lama.
Selamat mencuba!

Salam,

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP