Friday 3 April 2009

☼ Menu 16: Slice Cheese Cake

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi cheese cake yang tak perlu pakai cream cheese. Sebab saya rasa ramai yang terbantut usahanya untuk buat cheesecake oleh kerana tak tahu / malas / taknak beli cream cheese ni.. hehe.. so saya kongsikan di sini cheese cake yang hanya menggunakan slice cheese ~ senang nak beli, kat 7E pun ade.. Keju yg biasa kita makan dengan roti.. Resepi ini juga tak terlalu manis atau lemak, jadi kurang rasa muak.. cubalah! kek ini lembut dan ringan.. tak rugi mencubanya.

Bahan² ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketu.
  6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie / double-boiler, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Selamat mencuba!

Salam,


2 comments:

snm | snm

maa :)
xde gmbar eh??

♥ Izzah Marzuki

achik, smalam x sempat wat cheese cake ni.. postponed ke nextweek.. hehe. sempat wat kek batik je. bebudak opis request. nanti ye gambar. =)

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP