Sunday 23 August 2009

☼ Resipi 23: Sotong Goreng Tepung Mudah

Bismillahirrahmanirrahim..

Menu simple yang boleh dijadikan lauk dan juga dimakan begitu sahaja. Best. Dalamnya lembut, luarnya rangup.. Menu untuk berbuka puasa hari ini.. selamat mencuba..



Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 kg sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • 1 biji putih telur
  • Sedikit air
  • Sedikit pewarna kuning [sekiranya perlu]

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong. Potong kecil². Toskan dan masukkan ke dalam kuali [tak perlu minyak atau air]. Panaskan sotong supaya airnya keluar dan sotong masak. Tapiskan, buang air sotong yang berlebihan. Ketepikan sotong supaya kering. [gunakan kaedah ini untuk mengurangkan letupan² yang tidak diingini semasa menggoreng nanti].
  2. Satukan tepung, baking powder, garam dan air. Bancuh bahan², pastikan tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair.
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan ke dalam bancuhan tepung dan gaulkan kesemuanya. Gunakan kaedah kaup balik.
  4. Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung. Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan satu-persatu [seperti menggoreng jemput²].
  5. Goreng sehingga kekuningan dan sehingga lapisan luar tepung keras & rangup.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Lebih menyelerakan jika dihidangkan bersama sos pencicah.
Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP