Tuesday 17 August 2010

♨ Resipi 30 - Karipap Cinta

[Backdated entry : 14.08.10]

Bismillahirrahmanirrahim..

Kuih pilihan untuk berbuka hari ini. Kenapa Karipap Cinta? Kerana dibuat dengan penuh rasa cinta.. hehe. Sebenarnya hubby saya yang request saya buatkan karipap, tak sangka pula sebab saya tak pernah pun buat karipap sebelum ni. Makanya ini merupakan karipap pertama yang saya buat sendiri. Saja saya letakkan cinta di belakangnya, kalau karipap sahaja bunyinya macam membosankan pulak  ye. Okeylah, sebenarnya idea karipap ni terhasil daripada lebihan inti Roti John semalam. Disebabkan intinya menggunakan daging kisar & serbukkari, maka sesuai untuk diubahsuai menjadi inti karipap.





Bahan-bahan Inti:
  • 1 pek daging kisar
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar didadu halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 s.b serbuk kari
  • daun sup
  • daun kari dihiris halus
  • 4 biji kentang didadu sederhana
  • sedikit air 
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa (optional)
Bahan² Untuk Diuli :
  • 800g tepung gandum 
  • 2 s.b mentega
  • 2 cawan minyak masak 
  • air secukupnya (saya tak guna sukatan tepat, agak² sesuai dengan doh)
Cara² Menyediakan Inti :
  1. Tumis bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan daun kari.
  2. Masukkan serbuk kari, garam (dan serbuk perisa).
  3. Biarkan seketika. Kemudian masukkan air sedikit dahulu.
  4. Masukkan kentang. 
  5. Pastikan air tidak terlalu banyak atau terlalu sikit, sesuai untuk kentang masak & empuk sedikit.
  6. Apabila kentang empuk/masak, tutup api dan ketepikan.
  7. Sekiranya perlu, toskan dalam penapis yang sesuai untuk membuang minyak yang berlebihan.

Cara² Menyediakan Doh :
  1. Masukkan tepung gandum di dalam bekas/mixing bowl.
  2. Masukkan minyak dan mentega di dalam kuali, dan panaskan seketika dengan api perlahan sehingga mentega telah benar² cair sepenuh di dalam minyak.
  3. Curah minyak-mentega ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
  4. Gaul sebati adunan dan mula masukkan air, sedikit demi sedikit.
  5. Pastikan doh tidak terlalu keras atau terlalu lembut.
  6. Uli doh sehingga sebati dan bentukkan bulatan memanjang.
  7. Dengan menggunakan mesin pencanai tepung, canai doh dengan ketebalan yg bersesuaian. (boleh juga gunakan pencanai biasa)
  8. Sediakan karipap dengan menggunakan acuan karipap. (boleh juga dikelim sendiri).
  9. Goreng karipap di dalam minyak yang panas dan menggunakan api perlahan. 
  10. Apabila karipap berwarna keperangan, boleh diangkat dan dihidangkan panas².


Selamat mencuba!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP