Friday 15 May 2009

☼ Resipi 19: Puding Pelangi

Bismillahirrahmanirrahim..

Resepi kali ini ialah resepi yang menarik sebab, corak puding ni yg comel macam pelangi.. hehe..dan semestinya rasa puding yang sedaaaaaapp.. cubalah..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna² lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Masak agar², air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapi [sekiranya tak berketul, tak perlu tapis].
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar² dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Pastu tutupkan api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Masukkan koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing² boleh diletakkan pewarna kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/atau apa² bekas puding sedikit [ biar satu hujung tu tinggi ][lapik/alaskan dgn apa² utk tinggikan].
  6. Mula² tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang sehingga semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Masukkan ke dalam peti sejuk, chill kan, bila dah keras sedikit, sedia untuk dihidangkan!



Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP