Saturday 25 April 2009

☼ Menu 20: Makcik Timah Roll Cake

.
Bismillahirrahmanirrahim..

Lagu 1 resepi roll cake,tapi yg menggunakan serbuk coffee Kacip Fatimah (Makcik Timah) hehe.. sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.. =)

Bahan-bahan ( 30x30cm ):

  • Kek:
  • 4 biji telur
  • 40g gula kastor
  • 3 sudu besar air panas
  • 80g tepung gandum
  • 2 sachet / stick serbuk kopi Kacip Fatimah
  • Krim :
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk kopi Kacip Fatimah
  • Sirap :
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara


  1. Campurkan 2 sachet serbuk Kopi Kacip Fatimah dengan 3 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
  2. Alaskan dulang oven dengan kertas minyak/oven paper. Panaskan oven sehingga suhu 180 darjah celcius
  3. Letakkan separuh gula ke dalam putih telur. Pukul telur sehingga kembang atau bertanduk.
  4. Letak separuh gula lagi ke dalam kuning telur. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan sebatian Kopi Kacip Fatimah yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan 1/2 dari no.3 ke dalam no.4. Kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5 tadi. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  7. Masukkan pula lebihan no.3 tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan cara kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam dulang oven. Pusing-pusingkan dulang oven supaya jadi rata. Ketuk sedikit bahagian bawah untuk keluarkan angin.
  9. Bakar adunan selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
  10. Sementara itu sediakan krimnya.
  11. Campurkan 2 s.k Kopi Kacip Fatimah dengan air panas dan sejukkan.
  12. Pukul whipping cream dengan gula secara perlahan-lahan sehingga agak pekat. Masukkan sebatian kopi tadi. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  13. Sediakan sirap: Campurkan gula dengan air sehingga gula larut.
  14. Apabila kek dah sejuk. Sapukan permukaan kek dengan sirap tadi. Kemudian letakkan krim. Gulung kek kemas-kemas.
  15. Balut kek dengan plastic wrap. Simpan dalam lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.
Selamat mencuba!


Salam,

☼ Menu 19: Choco Roll Cake

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Lama tinggalkan dapur ni.. ok resepi ni as requested by Achik SNM ~ dia tatau nak wat pe dah dengan whip cream yg lebih kat dapur dia~ So, achik, ni resipi kek gulung yg simple + gunakan whip cream ok.. cubalah! Dah penah cuba & best juga..

Bahan-bahan ( loyang 30x30 cm ):

  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
Bahan untuk krim:
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream / whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara Penyediaannya:

  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  7. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.
Selamat mencuba!

Salam,

Wednesday 22 April 2009

Break

Taking a really long break away from the kitchen... hope i will be back soon..~

Salam,

Saturday 11 April 2009

☼ Menu 18: Sup Ayam Best

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Menu biasa, tapi cara penyediaannya lain dari biasa. Rasanya, lebih baik juga dari yang biasa. InsyaAllah. Cubalah, sedap..

Bahan-bahan ( 8org ):

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak merah
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • sedikit lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • sedikit daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara Penyediaannya:

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah² tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6..
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah² yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit..
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba!

Salam,


Monday 6 April 2009

☼ Menu 17: Kek Batik


.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi yang sangat ringkas, tak perlu gunakan telur untuk menyediakannya. Buat hidangan minum petang di hujung minggu! Dan yang penting, sedap!


Bahan² :
  • 125g / ½ buku mentega (Buttercup)
  • 1 peket Milo (saiz paling kecil)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3 s.b. serbuk koko
  • 1 pek biskut Marie
  • 1 s.k. esen vanilla

Cara Penyediaannya:
  1. Di dalam bekas yang besar, patahkan biskut. (patah dua-jgn hancurkan).
  2. Cairkan mentega di dalam periuk / kuali, gunakan api perlahan.
  3. Sambil itu, di dalam bekas yang lain, campurkan susu pekat, serbuk Milo dan serbuk koko. Untuk kurangkan manis, bolehlah mengurangkan kuantiti Milo, dan menambahkan sukatan untuk serbuk koko. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Apabila mentega cair sepenuhnya, masukkan campuran susu dan Milo. Pastikan api perlahan.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  7. Padamkan api. Tuang adunan ke atas biskut yang telah dipatahkan.
  8. Gaul rata. Masukkan ke dalam bekas. Tekan² sehingga kemas dan padat.
  9. Sejukkan di dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Salam,

Friday 3 April 2009

☼ Menu 16: Slice Cheese Cake

.
Bismillahirrahmanirrahim,

Resepi cheese cake yang tak perlu pakai cream cheese. Sebab saya rasa ramai yang terbantut usahanya untuk buat cheesecake oleh kerana tak tahu / malas / taknak beli cream cheese ni.. hehe.. so saya kongsikan di sini cheese cake yang hanya menggunakan slice cheese ~ senang nak beli, kat 7E pun ade.. Keju yg biasa kita makan dengan roti.. Resepi ini juga tak terlalu manis atau lemak, jadi kurang rasa muak.. cubalah! kek ini lembut dan ringan.. tak rugi mencubanya.

Bahan² ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketu.
  6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie / double-boiler, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Selamat mencuba!

Salam,


Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP