Friday, 31 December 2010

♨ Resipi 36 - Kek Buah (Tanpa Telur)

Bismillahirrahmanirrahim..

Permintaan baba sejak 2 minggu lepas lagi.. sebelum ni tak sempat buatkan sebab asyik buat cupcakes je..hehe.. Walaupun saya sebenarnya tak berapa gemar kek buah, tapi untuk penuhi permintaannya, apa salahnya jika mencuba, kan. Lagipun, memang setiap hari saya asyik terfikirkan pasal kek aje! Bukan asyik memikirkan nak makan kek, tapi nak baking kek! Tak lama lagi saya tukar profesyen, saya rasa. Hehehe.. Okeylah resepi ini tak gunakan telur & rasanya tak terlalu manis.. Sangat sesuai untuk yang jaga kesihatan..



Bahan-bahan (saiz adunan kecil)

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan buah campuran kering
  • 125g mentega
  • ½ cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah ½ cawan lagi gula jika suka manis)
  • 1½ cawan air
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung dan soda bikarbonat ke dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam (pastikan betul² suam).
  3. Setelah suam, masukkan soda bikarbonat dan kacau rata.
  4. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan dan buat lubang di tengah². Tuangkan adunan yang telah suam ke dalamnya.
  5. Kacau adunan hingga rata dan sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dan dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar dengan api sederhana atau sehingga masak (boleh gunakan cake tester).


Selamat mencuba!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP