Thursday 7 October 2010

♨ Resipi 32 - Kek Green Carpet

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa lama pula tinggalkan blog ni. Last update pun sebelum penghujung Ramadhan & bila tiba raya memang sibuk. Resepi kek kali ini dah dicuba masa keluarga mertua datang beraya ke rumah.. namanya pun pelik juga tapi saya suka sebab memenuhi citarasa saya.. hehe. Baba saya pun suka pulak kek ni [dia memang tak berapa suka makan kek].. Lagi pun tak perlu guna oven.. Lembut & gebu. :)




Bahan-bahan : 
[Loyang 6 ATAU 7 inci (adunan utk saiz kecil)]
  • 1 ¼ cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • ¾ cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut Marie (kira² 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar serbuk Horlicks
  • 1 ½ sk pandan paste/pandan emulco
  • ¼ cawan susu pekat manis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dengan baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan Horlick dan tepung biskut Marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata². Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul² kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul² hancur ). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (tak perlu letak warna, nanti ia akan jadi warna kuning selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikut kreativiti sendiri).
  9. Kukus selama 1 jam 20 minit.
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Sedia untuk dihidang!
Credits to : Kak DayangJack













Selamat mencuba!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP