Saturday, 13 March 2010

♨ Resipi 26 : Eggless-Butterless Choc Cake

Bismillahirrahmanirrahim..


Resepi kali ini tak gunakan telur dan mentega.. Hari ni je dah buat 2 kali, atas permintaan kakak² yang pergi bercuti beramai² sempena cuti sekolah.. huhu tak dapat nak join..hanya kek sahaja yang dapat turut serta.. Kek ini sangat senang, hanya 25-30 minit masa digunakan untuk penyediaannya.. Rasanya pun lembut & moist.. cubalah ye..





Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) - portion ni agak kecil, untuk 2-3 org sahaja..

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam
  • ⅓ cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam) ke dalam dalam mixing bowl, gaul sebati.
  2. Masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran..


Selamat mencuba!

Thursday, 11 February 2010

♨ Resipi 25 : Bergedil Daging

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba² malam kelmarin terus offer kat hubby, nak masakkan menu favourite dia.. bergedil. Penah masak sebelum ni, tapi macam tak berapa nak jadi. So kali ni cuba lagi, alhamdulillah berjaya dan diapprove oleh hubby. Senang je, cubalah. Boleh buat half-cook, simpankan dalam freezer untuk dijadikan frozen bergedil. Buat kecil², boleh dapat banyak & senang nak makan. Best!






Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 biji kentang
  • segenggam daging cincang Ramly (atau 2/3 keping daging burger)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (dipukul)

Cara-cara

  1. Kentang dipotong (potongan seperti ubi goreng) dan digoreng hingga garing.
  2. Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. Gaulkan daging cincang / daging burger dan bersama kentang yg sudah dilenyek tadi.
  4. Masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. Gaul hingga semua bahan sebati.
  6. Bentukkan dan bulat2kan dengan saiz sederhana (kepalkan).
  7. Pukul telur dan masukkan sedikit garam.
  8. Celupkan bergedil di dalam telur dan goreng dalam minyak panas, pastikan lapisan luar agak garing sebelum diangkat.

Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP