Saturday, 20 September 2014

♨ Resipi 53 : Cold Tuna Macaroni Salad

Bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan teringat-ingat sideline Tuna Macaroni kat House of Pancake, hati meronta-ronta nak buat sendiri. Hihi. Very simple dish yet delicious. My current favorite.




Bahan² :

  • 1 cawan pasta shells saiz kecil (apa jenis pasta kesukaan e.g elbow, rigate, gramigna, maccheronis etc)
  • 1 tin kecil tuna (atau kurang)(saya gunakan tuna mayonnaise Ayam Brand)
  • 2 biji telur rebus, dicincang
  • ¼ cawan daun sup dipotong halus
  • ¾ cawan mayonnaise
  • Secubit garam
  • ½ sudu kecil gula
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit lettuce sebagai hiasan

Cara Menyediakannya :


  1. Masukkan pasta, tuna, telur rebus, daun sup, ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Masukkan pula mayonnaise, secubit garam, gula & serbuk lada hitam. 
  3. Sejukkan dlm fridge at least 30 minit.
  4. Hidangkan atas lettuce-lined plate.
  5. Sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba!

Friday, 19 September 2014

♨ Resipi 52 : Karipap Daging & Kentang

Bismillahirrahmanirrahim..

This time I decided to take no chances. The best way to get my best karipap was to make my own. Hehe. Untuk minum petang & boleh frozen & goreng bila-bila masa. 





Bahan-bahan Inti:
  • 1 pek daging kisar
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar didadu halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 s.b serbuk kari
  • daun sup
  • daun kari dihiris halus
  • 4 biji kentang didadu sederhana
  • sedikit air 
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa (optional)

Bahan² Untuk Diuli :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) / marjerin / butter 
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais (letak je cube ice dlm cwn yg standard)
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng 
  • Secukup tepung untuk mencanai

Cara² Menyediakan Inti :
  1. Tumis bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan daun kari.
  2. Masukkan serbuk kari, garam (dan serbuk perisa).
  3. Biarkan seketika. Kemudian masukkan air sedikit dahulu.
  4. Masukkan kentang. 
  5. Pastikan air tidak terlalu banyak atau terlalu sikit, sesuai untuk kentang masak & empuk sedikit.
  6. Apabila kentang empuk/masak, tutup api dan ketepikan.
  7. Sekiranya perlu, toskan dalam penapis yang sesuai untuk membuang minyak yang berlebihan.

Cara² Menyediakan Doh :
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk untuk menguli.
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. 
  3. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga menjadi seakan-akan adi serbuk roti. Panaskan  marjerin atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata atas tepung tadi.
  4. Gaul lagi hingga jadi seakan-akan serbuk roti - gunakan hujung jari. 
  5. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga menjadi doh. Hentikan penambahan air bila sudah menjadi doh. Rehatkan 1 jam.
  6. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±20-25 keping karipap).
  7. Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat-ketat dan golek hingga jadi selinder.
  8. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sudu besar (untuk inti banyak)/ 1 sudu penuh (inti sederhana).
  9. Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Boleh juga gunakan acuan karipap.
  10. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  11. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.


Selamat mencuba!


Sunday, 7 September 2014

♨ Resipi 51 : Crème Brûlée

Crème Brûlée yang simple & menggunakan white chocolate. Dah lama teringin nak buat sendiri, penyediaannya pun ringkas & tak complicated. 😊





Bahan²:

500ml thickened cream
200g white chocolate
4 biji telur (kuning sahaja)
2 sudu besar gula caster (boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila


Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan oven 150°C.
  2. Campurkan krim dan white choc dlm periuk/saucepan, masak atas api kecil, kacau sehingga coklat cair & sebati. Padamkan api & sejukkan selama 15 minit.
  3. Dalam  bekas lain, campurkan telur, gula & vanilla.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran krim tadi ke dalam campuran telur. Kacau/whisk sehingga sebati. Tapis adunan dengan penapis. 
  5. Tuang adunan ke dalam ramekin / ovenproof dishes. Letakkan ramekin dalam dulang / baking tray, masukkan air panas ke dlm dulang sehingga menenggelamkan separuh ramekin. 
  6. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. 
  7. Sejukkan, simpan dalam peti ais selama 6 jam atau semalaman.
  8. Apabila sedia untuk dihidang, tabur gula caster di atas, & dengan menggunakan blowtorch untuk bakar gula (caramelise). Sekiranya tiada blowtorch, masukkan ramekin yang telah ditabur gula tadi ke dalam dulang / baking dish, penuhkan ais ketul di sekelilingnya. Masukkan ke dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu, gunakan api bahagian atas sahaja sehingga gula bertukar menjadi keemasan / karamel.
  9. Selamat mencuba!

Saturday, 17 May 2014

♨ Resipi 50 : Rainbow Cake


Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi rainbow cake ini saya gunakan resepi asal chocolate swissrollcake.. so tekstur lebih ringan & lembut tapi kering tak lembab. Tapi untuk resepi ni saya tak gunakan cocoa powder sebab nak pelbagai warna. Boleh juga guna resepi kek vanilla moist/butter yg biasa bagi yang nak rainbow cake yang moist/berat. 




Bahan-bahan :
(Cake pan 30x30 cm utk layer yg nipis, kalau smaller pan, so kek akan tebal sket):

4 biji telur
50g tepung gandum
50g gula halus
1 s.k esen vanilla
Food color (rainbow color)

Bahan untuk krim:
125g cream cheese
80g fresh cream / whipping cream
30g gula halus
2 s.k esen vanilla

*Boleh ubah krim kepade choc ganache
Cara Penyediaannya:

1. Alaskan oven plate dengan baking paper. 
2. Panaskan oven sehingga 180C.
3. Asingkan kuning dan putih telur. 
4. Ayakkan tepung gandum. 
5. Pukul telur putih sehingga berbuih. 
6.  Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
7. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
8. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. 
9. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
10. Bakar selama 11 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

11. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. 
12. Kemudian masukkan fresh cream & esen vanilla. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
13. Sapukkan krim ke atas kek tadi.  Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Selamat mencuba!


Monday, 12 May 2014

♨ Resipi 49 : Milo Pancake

Sesuai untuk anak², ibu² & bapa² juga! 



( 9-11 keping dgn gunakan pan 3 inci)

Bahan²:

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar butter dicairkan
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara² Menyediakannya:

1. Pecahkan telur & kacau.
2. Masukan susu, soda bicarbonate, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Saya blend je semua guna blender. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati. 
3. Sapukan sedikit butter pada non-stick pan. Gunakan non-stick yg saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dlm pan, make sure gunakan api yg perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jgn biar lama sgt ye takut overcook bahagian bawah. 
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.
8. Selamat mencuba!

* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas skit, tuang atas pancake. Saya tambah heavycream utk lebih pekat & lemak..hehe. 

Wednesday, 15 January 2014

♨ Resipi 48 : Happy Call Spicy Beef Lasagne

Homey beef lasagne yang simple, dengan gunakan Happy Call Pan, tak perlu gunakan oven/microwave.


Bahan² A :

  • 2-3 keping instant lasagne sheets/noodles
  •  ½ cawan keju mozarella (grated/shredded)
  •  ½ cawan keju cheddar (grated/shredded)
  •  ½ cawan thickened/heavy cream (optional)
  •  ½ cawan keju parmesan (grated)
 Bahan² B - Lapisan Daging

  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  •  1 mayang bawang putih, dicincang halus
  • sedikit minyak zaitun (optional)
  • 500g daging kisar
  • 1 jar sos pasta/sos spageti/sos basil (saiz sederhana)
  • 2 sudu besar tomato puree
  • ½ sudu besar serbuk oregano
  • ½ sudu besar serbuk basil (optional)
  • ½ sudu besar serbuk coriander
  •  ½ sudu besar serbuk cili (optional, untuk pedas)
  •  sedikit garam
  •  sedikit lada sulah
Bahan² C - Sos Keju (optional, untuk lebih cepat & mudah, sos ini tidak diperlukan):
  • 60g mentega
  •  cawan tepung gandum
  •  2 cawan susu segar
  • 1 cawan keju cheddar (grated)
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah

Cara Penyediaannya :

  1. Rebuskan instant lasagne sheets/noodles sehingga masak & lembut. Toskan & ketepikan.
  2. Untuk Bahan A, panaskan minyak zaitun (atau minyak masak), tumiskan bawang besar & bawang putih, kemudian masukkan daging kisar. Masak atas api sederhana, kemudian masukkan sos pasta, serbuk oregano, serbuk basil, serbuk cili, garam & lada sulah. Setelah daging masak, ketepikan.
  3. Untuk Bahan B - sos keju (optional), cairkan mentega di atas api sederhana, masukkan tepung dan biarkan selama seminit. Padamkan api, masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sehingga sebati. Masak semula sos di atas api sederhana, sehingga sos menggelegak & pekat. Padamkan api, alihkan daripada dapur, masukkan keju, garam & lada sulah. Kacau rata sehingga sebati &  ketepikan.
  4. Sediakan loyang/foil atau pan, letakkan sehelai kepingan lasagna. Ratakan inti daging di atasnya, tak perlu tebal. Ratakan sos keju di atas inti daging. Kemudian lapiskan semula dengan kepingan lasagna. Ulang sehingga habis. Pastikan lapisan teratas ialah lapisan inti daging.
  5. Tabur keju mozarella & cheddar. Tuangkan thickened/heavy cream (optional). Kemudian taburkan keju parmesan. Masukkan loyang/foil di dalam Happy Call pan, tutupkan dan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit, sehingga keju di atas cair & keemasan.
  6. Sedia untuk dipotong & dihidang!
Selamat mencuba!

Friday, 11 October 2013

♨ Resipi 47 : Copycat KitKat Choc Bars

Chocolate Bar homemade ala² KitKat yang senang & ringkas!






Bahan² :

  • 1½ cawan coklat masak/choc chip
  • ½ cawan heavy cream
  •  3 cawan nestum cereals (halus & orginal)
  •  ½ cawan peanut butter
  •  ½ cawan susu segar
  •  2 sudu bsr serbuk koko (optional)
  • Hirisan almond (almond nibs / shredded almond)

Cara Penyediaannya :

  1. Cairkan coklat masak secara double-boiler (letakkan coklat dalam bekas yang terletak atas periuk berisi air mendidih), guna api sederhana.
  2. Masukkan peanut butter. Gaulkan kedua²nya hingga cair & sebati.
  3. Masukkan heavy cream & susu segar, gaul sebati. Masukkan serbuk koko (optional, tapi memang saya gunakan serbuk koko sbb saya suka bitterness & untuk kurangkan rasa manis coklat masak).
  4. Gaul sebati, pastikan tidak terlalu manis (ikut citarasa), padamkan api. Dalam bekas lain, masukkan nestum. Kemudian gaul bersama adunan coklat yang dimasak. Sekiranya perlu, tambah lebih nestum mengikut kesesuaian.
  5. Sediakan loyang atau pan, tuangkan adunan dan ratakan. Tak perlu terlalu tebal bagi memudahkan untuk dipotong nanti.
  6. Tabur hirisan almond di atas adunan. Boleh sejukkan pada suhu bilik selama 3-4 jam atau sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit - 1 jam. 
  7. Sedia untuk dipotong & dihidang!
Selamat mencuba!

Saturday, 10 November 2012

♨ Resipi 46 : Tropical Sundae

Pencuci mulut sempena musim hujan tropika sekarang ini.. hihi.




Bahan² :
  • 3 sudu madu
  • ¾ cawan susu segar
  •  250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
  •  2 cawan digestive biscuits
  •  ½ cawan heavy cream
  •  1 biji rollcake (any flavour/color)
  •  Strawberry / Chocolate etc syrup
  •  3 biji kiwi / lain² buah, peeled & sliced
  •  Sedikit chocolate rice
  •  Canned whip cream (optional)

Cara Penyediaannya :

  1. Whisk together madu, susu, creamcheese & heavycream sehingga lembut & sebati. Ketepikan. (mixture ini tidak manis).
  2. Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.
  3. Potong rollcake nipis² & saiz kecil supaya senang nak susun.
  4. Sediakan bekas / jar / container kegemaran untuk susun semua ingredient. Memula masukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.
  5. Kemudian tuangkan sedikit mixture creamcheese tadi, gunakan sudu.
  6. Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja.
  7. Masukkan mixture selapis lagi.
  8. Susun rollcake selapis.
  9. Masukkan mixture lagi.
  10. Tabur biskut yang dihancurkan.
  11. Masukkan mixture & ulang proses sehingga habis. Saya letak chocolate syrup untuk lapisan teratas.
  12. Letak whipped cream untuk deco, tabur choc rice & susun buah²an di atasnya.
  13. Chill kan sebentar di dalam chiller/fridge.

Sedia untuk dihidangkan!

Tuesday, 21 February 2012

♨ Resipi 45 : Easy Ice Cake

Resepi yang dihasilkan untuk habiskan fresh cream yang tinggal & hampir membeku dah dalam fridge. Simple dessert yang best di makan di waktu petang yang panas.. senang nak membuatnya. Lebih seperti aiskrim tapi bukan sepenuhnye aiskrim.. hihi.. [resepi untuk homemade icecream akan dikongsikan nanti, insyaAllah..]





Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 80g biskut tanpa krim
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 6 sudu besar jem strawberi/buah²an/chocolate syrup
  
Cara-cara

  1. Patah²kan biskut kepada 2-3 bahagian.
  2. Kemudian campurkan biskut dengan fresh cream dan juga jem/jeli. Gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam acuan yg sesuai dan bekukan. Boleh gunakan kotak fresh milk supaya senang dipotong.
  4. Bekukan dalam freezer.
  5. Potong dan sedia untuk dihidangkan! 


 Selamat mencuba!

Wednesday, 8 February 2012

♨ Resipi 44 : Red Velvet Cheese-Marbled Brownies

Bismillahirrahmanirrahim..

Resepi brownies pertama yang saya buat & sangat suka sebab gabungan red velvet, coklat & cheese! Sila la cuba ye, memang awesome!




Red Velvet:
125 g butter
1 teaspoon vanilla extract
2 biji telur
1 tablespoon red food coloring
1 teaspoon apple cider vinegar
1 cwn  gula
¼ cwn cocoa powder
Secubit garam
¾ cwn tepung serbaguna

Cheese Marble:

200 g cream cheese
¼ cwn gula
1 biji telur
½ teaspoon vanilla extract

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180°. Foil and butter  kan pan 8×8 inch.
  2. Untuk brownie, gaulkan butter, vanilla, food colouring & vinegar. 
  3. Dalam bekas lain, gaulkan tepung, cocoa powder, garam & gula.
  4. Masukkan bahan basah ke dalan bahan kering, gaul sebati. 
  5. Gunakan mixer, masukkan telur 1 persatu.
  6. Untuk cheese marble, masukkan cream cheese, gula, telur & vanilla ke dalam mixing bowl. Gaul sebati.
  7. Tuangkan atas pan yang telah diisi dengan adunan brownies. 
  8. Buat marble-swirls ikut citarasa.
  9. Bakar selama 30 minit. 
  10. Sejukkan terlebih dahulu sebelum potong.

Selamat mencuba!

Saturday, 10 December 2011

♨ Resipi 43 - Easy Pancake


Dah lama pun nak buat pancake ni.. lagipun stok syrup - segala macam jenis penuh dalam fridge.. kalau expired rugi pulak kan..nampaknya lepas ni akan rajin buat pancake ni sebab nak habiskan stok yang ada sebelum beli stok yang baru nanti.. insyaAllah.. hehe ;) Best served with maple, caramel, strawberry, chocolate syrup, peanut butter or honey..


Bahan-bahan

  •  1 cawan tepung (lebih kurang 150g)
  •  1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1½ sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu (130ml)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
  2. Asingkan putih telur, masukkan dalam bekas, pukul sehingga kembang & putih.
  3. Masukkan kuning telur, susu dan gula di dalam bekas lain, kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan kuning telur, sus dan gula yang telah sebati ke dalam adunan tepung. Kemudian masukkan minyak. Gaul adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan putih telur di dalam adunan, gaul secara kaup balik ( 1 arah) sehingga sebati.
  6. Panaskan non-stick fry pan, sendukkan adunan (saya guna senduk kecil) dan tuang ke atas fry pan. Bila lubang² kecil terbentuk di permukaan pancake, balikkan ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.. (kalau bukan non-stick fry pan, maybe akan melekat sket kot.. tak sure)..
  7. Sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba!

Wednesday, 7 December 2011

♨ Resipi 42 - Chocolate Lava Cake

Resepi klasik French (kalau tak silap la) that literally melts in your mouth! Not too sweet like most desserts are, just the right amount of chocolatey-ness! Not just any chocolate, but warm & oozing runny chocolate goodness (hence the name Chocolate Lava cake kan..) Sila la cuba, bahan²nya pun simple dimple! My favourite cake kalau pergi Secret Recipe.. now everyone can bake like SR! Hihi..



Bahan-bahan A

  •  100g coklat (best guna dark coklat, nak lebih best guna Cadbury Gold / Hersheys)
  •  100g unsalted butter (kalau salted pun takpe kot tapi nanti masin sket la) 
- Potong kiub coklat & butter, pada suhu bilik. Cairkan kedua²nya gunakan teknik bain marie (panaskan atas api, tetapi di dalam bekas berisi air, means that bekas coklat & butter tu tak kena panas api secara direct).

Bahan-bahan B

  •  2 biji telur
  •  50g gula halus
- Pukul kedua²nya sehingga gebu & bertukar menjadi putih.

Bahan-bahan C

  •  20g tepung naik sendiri 
- Ayak tepung, walaupun kuantitinye sedikit.. ;)

Cara-cara

  1. Panaskan oven, 180°C.
  2. Gliskan ramekin/ceramic bowl (kalau takde ramekin, boleh gunakan muffin cup / souffle cup / pie tin, tapi still kena gliskan jugak dengan butter ye).
  3. Masukkan adunan Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul rata. Kemudian masukkan pula Bahan C. Gaul sehingga rata & sebati.
  4. Sendukkan adunan ke dalam bekas. Jika gunakan ramekin, bakar selama 10 minit. Untuk muffin cup / souffle cup / pie tin, bakar selamat 8 minit atau kurang. Kalau terlebih bakar pun still ok, kek akan tetap jadi lembab, sangat sedap cuma takde melting effect la.. hehe.
  5. Setelah masak, keluarkan dari oven, tunggu beberapa minit supaya kek suam & tidak melekat pada bekas.
  6. Terbalikkan atas pinggan,  sedap dimakan dengan whipped cream, vanilla ice cream atau apa je la krim yang disukai!
  7. Cara² untuk buat homemade whipped cream : 1 cawan heavy cream, 1 sudu teh esen vanilla, 1 sudu besar gula ising. Pukul heavy cream sehingga kembang/bertanduk (peak forms), masukkan esen vanilla dan gula, pukul lagi sehingga peak forms. Jangan terlebih pukul ye. Sian dia. Hehe. Untuk lebih senang, guunakan readymade whipped cream yang dijual dalam pressurized can tu kan.. ;)
  8. Sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba!

Sunday, 27 November 2011

♨ Resipi 41 - Eggless Caramel Pudding

Resepi karamel mudah yang tidak menggunakan telur! Rasanya pun lembut, licin dan sedap di makan sejuk².. hehe. Kawan² boleh cuba ye, tak susah pun..


Bahan-bahan A  (Gula Karamel)

  • 2 senduk gula
  • 2 sudu besar air

Bahan-bahan B (Puding)

  •  1 peket agar serbuk (10g)
  •  4½ cawan air
  • 1 tin susu sejat (boleh juga gunakan susu segar)
  • 2 senduk gula (boleh dikurangkan)
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard


Cara-cara

  1. Masakkan gula karamel, gunakan api perlahan, kacau selalu sehingga gula cair, pekat dan menjadi keperangan.
  2. Masukkan air, bunyi berdesir akan terhasil, kacau rata dan tutup api. Ketepikan. 
  3. Boleh sendukkan gula karamel terus ke dalam acuan yang akan digunakan.
  4. Di dalam bekas lain untuk Bahan² B, satukan susu, tepung kastard dan esen vanilla. Ketepikan.
  5. Di dalam periuk lain untuk Bahan² A, didihkan 4½ cawan air, masukkan 2 senduk gula (boleh dikurangkan untuk mengurangkan manis). Masak sehingga gula larut.
  6. Masukkan serbuk agar², kacau selalu & sehingga mendidih / sehingga tiada ketulan kasar.
  7. Perlahankan api, masukkan Bahan² B ke dalam Bahan² A. Kacau rata, masak sehingga  agak pekat & likat.
  8. Padamkan api, sendukkan adunan ke dalam acuan yang telah dimasukkan dengan gula karamel. Gula karamel tidak akan bercampur dengan adunan & akan sentiasa berada di bawah bekas.. dont worry! ;)
  9. Sejukkan di dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba!

Tuesday, 22 November 2011

♨ Resipi 40 - Sambal Ikan Bilis Izz

Baru sempat nak update resepi.. banyak resepi² yang direquest oleh kawan² & tak sempat² nak update.. yang ini resepi sambal ikan bilis seperti yang di request oleh sedare saya.. hehe.. setiap kali raya mesti buat.. simple je caranya, maybe rasanya lain sebab ada tambahan bahan² lain sket..

Bahan-bahan

  •  2 genggam cili kering
  • 3-4 tangkai cili merah
  • 5 biji bawang besar (2 biji dipotong kasar untuk diblend, 3 biji untuk dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 3 batang serai (2 batang dipotong kecil² untuk diblend, 1 batang dititikkan)
  • 300g ikan bilis
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • *tambahan cili padi - sekiranya nak lebih pedas!

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan bilis, goreng separuh garing.
  2. Potong cili kering kecil², rendam cili kering dalam air panas, toskan.
  3. Blendkan cili kering yang telah direndam, cili merah, 2 biji bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan² yang telah diblend, goreng sehingga agak garing (cili yang diblend menjadi ringan & tidak terlalu basah bila hampir garing).
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan 1 batang serai yang telah dititik.
  7. Masukkan air asam jawa - ikut kepekatan kuah & rasa masam yg diingini.
  8. Masukkan 3 biji bawang besar yang dipotong bulat.
  9. Biarkan seketika, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  10. Rasa &  tambah air sekiranya perlu.
  11. Sedia untuk dihidangkan! Best dimakan dengan nasi panas atau dengan nasi lemak! 


Selamat mencuba!

Saturday, 8 October 2011

♨ Resipi 39 - Sausage Roll

Lama betul tak update ni. Okey resepi Sausage Roll ni sangat mudah, cepat, rangup & sedap.. dan tak menggunakan telur pun, untuk elakkan terlalu berminyak (dan kalau gunakan telur, roti akan jadi cepat lembik & kurang rangup kan) So sesuai untuk simple breakfast & minum petang!

Bahan-bahan

  • 8 keping roti
  • 4 batang sosej
  • 1 s.b tepung gandum
  • 1 s.b air

Cara-cara

  1. Rebus sosej, tak perlu terlalu lama.
  2. Sambil menunggu sosej direbus, potong setiap keping roti menjadi 2 bahagian, dan gelekkan roti sehingga agak nipis dengan menggunakan penggelek doh*. 
  3. Toskan sosej yang siap direbus, potong setiap batang sosej menjadi 2 bahagian.
  4. Bancuh tepung gandum dengan air.
  5. Gulungkan sosej dalam roti yang dinipiskan, sapukan sedikit bancuhan tepung gandum dihujung roti untuk elakkan gulungan terbuka.
  6. Panaskan minyak - deep fried 
  7. Gorengkan roti sehingga menjadi keperangan.
  8. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan bersama sos / mayonnaise.
 * Kaedah menggelek roti menjadi nipis ini adalah untuk mengelakkan minyak menyerap terlalu banyak ke dalam roti semasa menggoreng. Walaupun roti menjadi nipis, hasilnya sangat rangup lepas digoreng (tak perlu gunakan breadcrumbs pun)!

Selamat mencuba!

Sunday, 6 February 2011

♨ Resipi 38 - Portuguese Egg Tart


Buat untuk minum petang beramai² tadi. Kebetulan semua bahan² ada. Mudah dan cepat untuk menyediakannya. Rasa puff nya rangup sesuai dengan rasa lemak manis berkrim yang lembut & cair di setiap kunyahan.. hehe. Saje je kan. Okey, silalah cuba ye kawan².




Bahan-bahan ( 6 biji ) :

  • 6 keping Puff Pastry (ready made) 
  • 6 buah tin muffin
Bahan-bahan A
  • ¼ cawan gula halus
  • ¼ cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • ¼ cawan Whipping Cream
  • 3 biji telur kuning sahaja
  • ¼ sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati, tapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isikan campuran telur ke dalam setiap puff pastry ¾ penuh.
  6. Bakar selama 20 minit pada suhu 200ºC. Biarkan sejuk seketika di dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. 
  7. Sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba!

Tuesday, 18 January 2011

♨ Resipi 37 - Kuih Bakar

Bismillahirrahmanirrahim..


Baru berkesempatan nak update blog masak ni.. Pada kekawan yang request resepi hari tu, maaflah atas kelewatan.. hehe.. Ok disebabkan last week teringin sangat nak makan Kuih Bakar (juga dikenali sebagai Kuih Kemboja), especially lepas tengok Kuih Bakar kat FB Aliaa, terus nak buat sebab bahan²nya simple je. Credits to Aliaa. Kat sini ada 2 resepi yang berlainan.. 




Resepi 1 (originally from Aliaa, simple, padat yet delicious!)


Bahan-bahan

  •    1. 1 mangkuk tepung gandum
  •    2. 1 mangkuk gula (kurangkan gula untuk kurangkan  manis)
  •    3. 1 mangkuk telur (pecahkan dalam mangkuk yang sama digunakan untuk measure gula + tepung)
  •    4. 1 mangkuk santan
  •    5. Beberapa titis pandan essence
  •    6. Bijan - secukupnya
 

Cara-cara Menyediakannya :

   1. Pukul hingga sebati gula & telur -  (gula hancur habis)
   2. Masukkan tepung, pukul hingga sebati
   3. Masukkan santan, pukul hingga sebati
   4. Masukkan pandan essence
   5. Tuangkan adunan dalam bekas (yg telah dilengser minyak) untuk dibakar
   6. Taburkan bijan
   7. Bakar dalam oven, 180°C selama 40 minit.


Resepi 2 (Lebih lembab, lemak berkrim, yummy..hehe)

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 ¼ cup santan
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • ½ tps garam
  • pewarna hijau
  • bijan secukupnya

Cara-cara Menyediakannya :

  1. Campurkan semua bahan², blend sehingga sebati.
  2. Masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. Panaskan loyang dlm oven.. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih, taburkan bijan. Bakar pada suhu 180°C sampai hingga perang / garing.
  4. Sedia untuk dihidangkan!



Selamat mencuba!

Friday, 31 December 2010

♨ Resipi 36 - Kek Buah (Tanpa Telur)

Bismillahirrahmanirrahim..

Permintaan baba sejak 2 minggu lepas lagi.. sebelum ni tak sempat buatkan sebab asyik buat cupcakes je..hehe.. Walaupun saya sebenarnya tak berapa gemar kek buah, tapi untuk penuhi permintaannya, apa salahnya jika mencuba, kan. Lagipun, memang setiap hari saya asyik terfikirkan pasal kek aje! Bukan asyik memikirkan nak makan kek, tapi nak baking kek! Tak lama lagi saya tukar profesyen, saya rasa. Hehehe.. Okeylah resepi ini tak gunakan telur & rasanya tak terlalu manis.. Sangat sesuai untuk yang jaga kesihatan..



Bahan-bahan (saiz adunan kecil)

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan buah campuran kering
  • 125g mentega
  • ½ cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah ½ cawan lagi gula jika suka manis)
  • 1½ cawan air
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung dan soda bikarbonat ke dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam (pastikan betul² suam).
  3. Setelah suam, masukkan soda bikarbonat dan kacau rata.
  4. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan dan buat lubang di tengah². Tuangkan adunan yang telah suam ke dalamnya.
  5. Kacau adunan hingga rata dan sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dan dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar dengan api sederhana atau sehingga masak (boleh gunakan cake tester).


Selamat mencuba!



Sunday, 28 November 2010

♨ Resipi 35 - Daging Masak Kicap Lada Hitam

Bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan banyak stok daging qurban dalam freezer, so petang tadi masaklah Daging Masak Kicap Lada Hitam [fuh panjangnye nama..hehe] kegemaran hubby, dan of course resepi ni belajar daripada mama mertuaku.. hehe.. Kalau ikut version family saya, daging masak kicap tu menu yang paling simple sebab cuma tumis bawang & masukkan kicap je kan.. tapi resepi kali ni lain sikit & banyak sikit bahan² nya.. cubalah..sedap gak.. 



Bahan-bahan :
  • 10 tangkai cili kering - dibasuh
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 kg daging - direbus dan dihiris sederhana nipis
  • 3 ulas bawang kecil - dihiris untuk tumis
  • 8 ulas bawang putih - dihiris nipis, bahagikan kepada 2 bahagian
  • 2 tangkai cili merah - dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (dpd biji lada hitam yg ditumbuk lebih sedap & wangi)
  • atau boleh gunakan sos lada hitam
  • 6 biji kentang
  • kicap masin
  • air asam jawa
  • serbuk perasa (sekiranya perlu)

Cara Menyediakannya :
  1. Kisar bahan bertanda
  2. Ketepikan.
  3. Hiris kentang bulat², sederhana nipis.
  4. Gorengkan kentang sehingga kekuningan. 
  5. Ambil 5 keping yang telah digoreng, tumbuk / lenyekkan sehingga hancur. Ketepikan.
  6. Goreng daging yang telah dihiris sehingga keperangan. Ketepikan.
  7. Tumis bawang kecil & sebahagian daripada bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.
  8. Masukkan bahan² cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga agak garing.
  9. Masukkan serbuk lada hitam / sos lada hitam.
  10. Masukkan kicap secukupnya, jangan terlalu banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
  11. Masukkan cili merah dan sebahagian lagi bawang putih yang dihiris nipis.
  12. Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata. Biarkan seketika.
  13. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
  14. Masukkan kentang yang digoreng.
  15. Sekiranya kuah terlalu cair, masukkan kentang yang telah ditumbuk / dilenyek tadi.
  16. Kacau rata, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air.
  17. Masukkan hirisan bawang yang dipotong bulat.
  18. Biarkan ia masak seketika.
  19. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas!


Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP