Friday, 22 October 2010

♨ Resipi 33 - Buttercream Cupcakes

Bismillahirrahmanirrahim.
Cupcakes! Dah lama sangat nak buat, akhirnya baru² ni tercapai juga. Alhamdulillah. Suka sangat buat cupcakes ini sebab mesti cepat habis bila siap. Tak sempat simpan pun.. dan part men'deco' tu yang sangat² best. Ikut kreativiti kan. Dah ada jugak kawan² yang tempah dah. Asalnya untuk suka² & makan sendiri je.  Rupa²nya cupcakes ni biasa dah kakak² saya buat masa raya, masa saya kecik² sebelum tadika  lagi. Cuma makin lama makin dilupakan & resepinya pun dah hilang..hehe. Oklah ni resepinya, especially untuk kawan² yang request resepi.. actually ada banyak version, tapi yang ni yang paling simple & senang. Cubalah. Buat sekali pasti nak buat lagi dan lagi. Hihi..



Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )

  • 100 g butter
  • 100 g tepung naik sendiri
  • 80 g gula castor
  • 2 biji telur saiz sederhana (B)
  • 1 sudu teh vanila
  • secubit garam

Cara Penyediaannya :

  1. Pukul butter & gula castor hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu & pukul.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit & pukul lagi hingga kembang.
  4. Akhir sekali masukkan perisa vanila.
  5. Sediakan cup kertas dalam loyang & isikan ½ atau ¾ penuh cup kertas.
  6. Bakar pada suhu 170°C (atau 180°C) bergantung pada jenis oven & saiz cup yang digunakan, lebih kurang 12-15 minit.
  7. Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kedudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya & tidak kelihatan hangus.(kalau taknak pusing pun takpe)
  8. Keluarkan dari oven cupcakes yg sudah masak. Apabila sudah sejuk bolehlah dihias dengan butter krim atau coklat cair atau dimakan begitu saja! 

Bahan-bahan ( buttercream icing) :

  • 250 – 300 gram gula aising
  • 500 gram mentega 
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar susu segar
  • pewarna makanan, ikut kegemaran

Cara Penyediaannya :

  1. Pukul gula halus dan mentega sehingga ia kembang & sebati.
  2. Masukkan esen vanilla, pewarna & susu segar. Pukul hingga kembang & sebati.
  3. Tambahkan gula sekiranya adunan terlalu cair / kurang manis. Gunakan piping dan hiaskan cupcake ikut kreativiti. Pastikan cupcakes sejuk terlebih dahulu sebelum dihias.





    Selamat mencuba!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

♥ Recipe of Happiness ♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP