☼ Menu 20: Makcik Timah Roll Cake
.
Bismillahirrahmanirrahim..
Lagu 1 resepi roll cake,tapi yg menggunakan serbuk coffee Kacip Fatimah (Makcik Timah) hehe.. sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.. =)
Bahan-bahan ( 30x30cm ):
- Kek:
- 4 biji telur
- 40g gula kastor
- 3 sudu besar air panas
- 80g tepung gandum
- 2 sachet / stick serbuk kopi Kacip Fatimah
- Krim :
- 200ml whipping cream
- 1 sudu besar air panas
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil serbuk kopi Kacip Fatimah
- Sirap :
- 3 sudu besar air
- 1 sudu besar gula
Cara-cara
- Campurkan 2 sachet serbuk Kopi Kacip Fatimah dengan 3 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
- Alaskan dulang oven dengan kertas minyak/oven paper. Panaskan oven sehingga suhu 180 darjah celcius
- Letakkan separuh gula ke dalam putih telur. Pukul telur sehingga kembang atau bertanduk.
- Letak separuh gula lagi ke dalam kuning telur. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan sebatian Kopi Kacip Fatimah yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sekata.
- Masukkan 1/2 dari no.3 ke dalam no.4. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5 tadi. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
- Masukkan pula lebihan no.3 tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan cara kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam dulang oven. Pusing-pusingkan dulang oven supaya jadi rata. Ketuk sedikit bahagian bawah untuk keluarkan angin.
- Bakar adunan selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Sementara itu sediakan krimnya.
- Campurkan 2 s.k Kopi Kacip Fatimah dengan air panas dan sejukkan.
- Pukul whipping cream dengan gula secara perlahan-lahan sehingga agak pekat. Masukkan sebatian kopi tadi. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
- Sediakan sirap: Campurkan gula dengan air sehingga gula larut.
- Apabila kek dah sejuk. Sapukan permukaan kek dengan sirap tadi. Kemudian letakkan krim. Gulung kek kemas-kemas.
- Balut kek dengan plastic wrap. Simpan dalam lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.
Salam,