☼ Resipi 23: Sotong Goreng Tepung Mudah
Bismillahirrahmanirrahim..
Menu simple yang boleh dijadikan lauk dan juga dimakan begitu sahaja. Best. Dalamnya lembut, luarnya rangup.. Menu untuk berbuka puasa hari ini.. selamat mencuba..
Bahan-bahan ( 6 org )
- 1 kg sotong
- 1 cawan tepung gandum
- ½ sudu kecil baking powder
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- 1 biji putih telur
- Sedikit air
- Sedikit pewarna kuning [sekiranya perlu]
Cara-cara
- Bersihkan sotong. Potong kecil². Toskan dan masukkan ke dalam kuali [tak perlu minyak atau air]. Panaskan sotong supaya airnya keluar dan sotong masak. Tapiskan, buang air sotong yang berlebihan. Ketepikan sotong supaya kering. [gunakan kaedah ini untuk mengurangkan letupan² yang tidak diingini semasa menggoreng nanti].
- Satukan tepung, baking powder, garam dan air. Bancuh bahan², pastikan tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair.
- Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan ke dalam bancuhan tepung dan gaulkan kesemuanya. Gunakan kaedah kaup balik.
- Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung. Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan satu-persatu [seperti menggoreng jemput²].
- Goreng sehingga kekuningan dan sehingga lapisan luar tepung keras & rangup.
- Sedia untuk dihidangkan. Lebih menyelerakan jika dihidangkan bersama sos pencicah.