Bahan-bahan:

  • 500gm nasi putih
  • 50ml minyak
  • 200gm sotong - dibersihkan dan dipotong bulat
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1-2 s.b kicap cair atau kicap manis
  • 1 s.b sos tiram
  • garam secukup rasa

Bahan² Kisar:

  • 2 biji cili merah
  • 6-7 biji cili kering - boleh lebihkan jika suka
  • 1 cm kiub belacan (optional)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih


Cara² Menyediakannya:

  1. Masukkan sotong ke dalam kuali (tanpa menggunakan minyak), biarkan seketika supaya air sotong yang berlebihan keluar.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan² kisar hingga agak garing dan wangi.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan garam.
  4. Biarkan seketika, kemudian masukkan sotong.
  5. Masukkan nasi.
  6. Gaul rata, rasa masinnya.
  7. Sedia untuk dihidangkan.