♨ Resipi 26 : Eggless-Butterless Choc Cake
Bismillahirrahmanirrahim..
Resepi kali ini tak gunakan telur dan mentega.. Hari ni je dah buat 2 kali, atas permintaan kakak² yang pergi bercuti beramai² sempena cuti sekolah.. huhu tak dapat nak join..hanya kek sahaja yang dapat turut serta.. Kek ini sangat senang, hanya 25-30 minit masa digunakan untuk penyediaannya.. Rasanya pun lembut & moist.. cubalah ye..
Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) - portion ni agak kecil, untuk 2-3 org sahaja..
- 1 cawan / 120 gram tepung gandum
- 1 cawan / 180gram gula halus
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ⅓ cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan air sejuk
Cara-cara
- Masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam) ke dalam dalam mixing bowl, gaul sebati.
- Masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega/minyak sedikit.
- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
- Boleh dihias dengan frosting kegemaran..
Selamat mencuba!