Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi rainbow cake ini saya gunakan resepi asal chocolate swissrollcake.. so tekstur lebih ringan & lembut tapi kering tak lembab. Tapi untuk resepi ni saya tak gunakan cocoa powder sebab nak pelbagai warna. Boleh juga guna resepi kek vanilla moist/butter yg biasa bagi yang nak rainbow cake yang moist/berat.
Bahan-bahan :
(Cake pan 30x30 cm utk layer yg nipis, kalau smaller pan, so kek akan tebal sket):
4 biji telur
50g tepung gandum
50g gula halus
1 s.k esen vanilla
Food color (rainbow color)
Bahan untuk krim:
125g cream cheese
80g fresh cream / whipping cream
30g gula halus
2 s.k esen vanilla
*Boleh ubah krim kepade choc ganache
Cara Penyediaannya:
1. Alaskan oven plate dengan baking paper.
2. Panaskan oven sehingga 180C.
3. Asingkan kuning dan putih telur.
4. Ayakkan tepung gandum.
5. Pukul telur putih sehingga berbuih.
6. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
7. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
8. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula.
9. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
10. Bakar selama 11 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
11. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut.
12. Kemudian masukkan fresh cream & esen vanilla. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
13. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Adunan td tu,asing2 kan ikut warna ke? Lps tu bakar satu persatu ikut warna? Konfius skit.
ReplyDeleteAdunan td tu,asing2 kan ikut warna ke? Lps tu bakar satu persatu ikut warna? Konfius skit.
ReplyDelete