Crème Brûlée yang simple & menggunakan white chocolate. Dah lama teringin nak buat sendiri, penyediaannya pun ringkas & tak complicated. 😊
Bahan²:
500ml thickened cream
200g white chocolate
4 biji telur (kuning sahaja)
2 sudu besar gula caster (boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila
Cara Menyediakannya:
- Panaskan oven 150°C.
- Campurkan krim dan white choc dlm periuk/saucepan, masak atas api kecil, kacau sehingga coklat cair & sebati. Padamkan api & sejukkan selama 15 minit.
- Dalam bekas lain, campurkan telur, gula & vanilla.
- Masukkan sedikit demi sedikit campuran krim tadi ke dalam campuran telur. Kacau/whisk sehingga sebati. Tapis adunan dengan penapis.
- Tuang adunan ke dalam ramekin / ovenproof dishes. Letakkan ramekin dalam dulang / baking tray, masukkan air panas ke dlm dulang sehingga menenggelamkan separuh ramekin.
- Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan, simpan dalam peti ais selama 6 jam atau semalaman.
- Apabila sedia untuk dihidang, tabur gula caster di atas, & dengan menggunakan blowtorch untuk bakar gula (caramelise). Sekiranya tiada blowtorch, masukkan ramekin yang telah ditabur gula tadi ke dalam dulang / baking dish, penuhkan ais ketul di sekelilingnya. Masukkan ke dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu, gunakan api bahagian atas sahaja sehingga gula bertukar menjadi keemasan / karamel.
- Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
I would love to hear your comments. Thanx. May Allah bless u. As always. =)