Bismillahirrahmanirrahim..
Disebabkan banyak stok daging qurban dalam freezer, so petang tadi masaklah Daging Masak Kicap Lada Hitam [fuh panjangnye nama..hehe] kegemaran hubby, dan of course resepi ni belajar daripada mama mertuaku.. hehe.. Kalau ikut version family saya, daging masak kicap tu menu yang paling simple sebab cuma tumis bawang & masukkan kicap je kan.. tapi resepi kali ni lain sikit & banyak sikit bahan² nya.. cubalah..sedap gak..
Bahan-bahan :
- 1 kg daging - direbus dan dihiris sederhana nipis
- 3 ulas bawang kecil - dihiris untuk tumis
- 8 ulas bawang putih - dihiris nipis, bahagikan kepada 2 bahagian
- 2 tangkai cili merah - dihiris nipis
- 2 biji bawang besar - dipotong bulat
- 1 sudu besar serbuk lada hitam (dpd biji lada hitam yg ditumbuk lebih sedap & wangi)
- atau boleh gunakan sos lada hitam
- 6 biji kentang
- kicap masin
- air asam jawa
- serbuk perasa (sekiranya perlu)
Cara Menyediakannya :
- Kisar bahan bertanda
- Ketepikan.
- Hiris kentang bulat², sederhana nipis.
- Gorengkan kentang sehingga kekuningan.
- Ambil 5 keping yang telah digoreng, tumbuk / lenyekkan sehingga hancur. Ketepikan.
- Goreng daging yang telah dihiris sehingga keperangan. Ketepikan.
- Tumis bawang kecil & sebahagian daripada bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.
- Masukkan bahan² cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga agak garing.
- Masukkan serbuk lada hitam / sos lada hitam.
- Masukkan kicap secukupnya, jangan terlalu banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
- Masukkan cili merah dan sebahagian lagi bawang putih yang dihiris nipis.
- Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata. Biarkan seketika.
- Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
- Masukkan kentang yang digoreng.
- Sekiranya kuah terlalu cair, masukkan kentang yang telah ditumbuk / dilenyek tadi.
- Kacau rata, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Masukkan hirisan bawang yang dipotong bulat.
- Biarkan ia masak seketika.
- Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
I would love to hear your comments. Thanx. May Allah bless u. As always. =)