Tuesday, 22 November 2011

♨ Resipi 40 - Sambal Ikan Bilis Izz

Baru sempat nak update resepi.. banyak resepi² yang direquest oleh kawan² & tak sempat² nak update.. yang ini resepi sambal ikan bilis seperti yang di request oleh sedare saya.. hehe.. setiap kali raya mesti buat.. simple je caranya, maybe rasanya lain sebab ada tambahan bahan² lain sket..

Bahan-bahan

  •  2 genggam cili kering
  • 3-4 tangkai cili merah
  • 5 biji bawang besar (2 biji dipotong kasar untuk diblend, 3 biji untuk dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 3 batang serai (2 batang dipotong kecil² untuk diblend, 1 batang dititikkan)
  • 300g ikan bilis
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • *tambahan cili padi - sekiranya nak lebih pedas!

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan bilis, goreng separuh garing.
  2. Potong cili kering kecil², rendam cili kering dalam air panas, toskan.
  3. Blendkan cili kering yang telah direndam, cili merah, 2 biji bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan² yang telah diblend, goreng sehingga agak garing (cili yang diblend menjadi ringan & tidak terlalu basah bila hampir garing).
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan 1 batang serai yang telah dititik.
  7. Masukkan air asam jawa - ikut kepekatan kuah & rasa masam yg diingini.
  8. Masukkan 3 biji bawang besar yang dipotong bulat.
  9. Biarkan seketika, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  10. Rasa &  tambah air sekiranya perlu.
  11. Sedia untuk dihidangkan! Best dimakan dengan nasi panas atau dengan nasi lemak! 


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

I would love to hear your comments. Thanx. May Allah bless u. As always. =)