Bahan² :
- 1½ cawan coklat masak/choc chip
- ½ cawan heavy cream
- 3 cawan nestum cereals (halus & orginal)
- ½ cawan peanut butter
- ½ cawan susu segar
- 2 sudu bsr serbuk koko (optional)
- Hirisan almond (almond nibs / shredded almond)
Cara Penyediaannya :
- Cairkan coklat masak secara double-boiler (letakkan coklat dalam bekas yang terletak atas periuk berisi air mendidih), guna api sederhana.
- Masukkan peanut butter. Gaulkan kedua²nya hingga cair & sebati.
- Masukkan heavy cream & susu segar, gaul sebati. Masukkan serbuk koko (optional, tapi memang saya gunakan serbuk koko sbb saya suka bitterness & untuk kurangkan rasa manis coklat masak).
- Gaul sebati, pastikan tidak terlalu manis (ikut citarasa), padamkan api. Dalam bekas lain, masukkan nestum. Kemudian gaul bersama adunan coklat yang dimasak. Sekiranya perlu, tambah lebih nestum mengikut kesesuaian.
- Sediakan loyang atau pan, tuangkan adunan dan ratakan. Tak perlu terlalu tebal bagi memudahkan untuk dipotong nanti.
- Tabur hirisan almond di atas adunan. Boleh sejukkan pada suhu bilik selama 3-4 jam atau sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit - 1 jam.
- Sedia untuk dipotong & dihidang!