Buat untuk minum petang beramai² tadi. Kebetulan semua bahan² ada. Mudah dan cepat untuk menyediakannya. Rasa puff nya rangup sesuai dengan rasa lemak manis berkrim yang lembut & cair di setiap kunyahan.. hehe. Saje je kan. Okey, silalah cuba ye kawan².
Bahan-bahan ( 6 biji ) :
- 6 keping Puff Pastry (ready made)
- 6 buah tin muffin
- ¼ cawan gula halus
- ¼ cawan Susu Cair atau Susu Segar
- ¼ cawan Whipping Cream
- 3 biji telur kuning sahaja
- ¼ sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Penyediaan :
- Panaskan oven pada suhu 200ºC.
- Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati, tapis dan diketepikan.
- Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
- Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
- Isikan campuran telur ke dalam setiap puff pastry ¾ penuh.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 200ºC. Biarkan sejuk seketika di dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.
- Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!