Resepi kali ini ialah resepi yang menarik sebab, corak puding ni yg comel macam pelangi.. hehe..dan semestinya rasa puding yang sedaaaaaapp.. cubalah..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 10g serbuk agar2
- 650ml air
- 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
- 60gm mentega
- 1 biji telur
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan tepung custard
- 1 sudu makan serbuk koko
- 2 sudu teh vanilla
- pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna² lain pun boleh)
Cara-cara
- Masak agar², air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapi [sekiranya tak berketul, tak perlu tapis].
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar² dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Pastu tutupkan api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Masukkan koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing² boleh diletakkan pewarna kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/atau apa² bekas puding sedikit [ biar satu hujung tu tinggi ][lapik/alaskan dgn apa² utk tinggikan].
- Mula² tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang sehingga semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Masukkan ke dalam peti sejuk, chill kan, bila dah keras sedikit, sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!